Friday, July 8, 2011

Hari Ini Aku Berdoa...

“Lamanya tak hantar entri…” Terdetik hati saya setiap kali menjenguk blog ini. Bukan tidak mahu menulis, tetapi terasa seolah-olah saya hilang idea. Selepas kali terakhir saya menukil di sini hingga sekarang, saya ada juga berjalan. Namun tidak banyak yang sempat saya ”explore” di tempat tersebut. Dari pagi hingga ke petang, saya terikat dengan kerja. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, berjalan sambil menjalankan tugas rasmi menyempitkan ruang untuk saya menghayati alam.

Lalu pada hari ini, saya memanjatkan doa kepada Allah SWT, minta dikurniakan rezeki, masa, kesihatan dan kekuatan. Moga dengan kasih sayang-Nya, saya dan keluarga boleh berjalan di muka bumi sambil mendekatkan diri pada-Nya.

Ahli "rombongan berjalan"ku yang menjadikan kembaraku penuh makna...