16 Disember 2010
ERL - Antara pengangkutan tercanggih di ibu kota |
Kami sampai di Lapanganterbang Antarabangsa Kuching selepas selama sejam 40 minit naik belon. Untuk memudahkan pergerakan, kami menyewa sebuah Kancil. Penginapan kami di Hotel 360. Saya pernah ke hotel ini semasa bertugas di Kuching pada awal tahun ini. Hotelnya memang sangat-sangat ok, bersih dan selesa. Satu faktor lagi yang menyebabkan kami memilih hotel ini ialah ia menyediakan kemudahan mesin basuh. Boleh basuh baju sendiri pada bila-bila masa kita nak. Jadi, tidak perlu bawak baju banyak sangat.
Hotel 360 terletak di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim di kawasan Padungan, kira-kira lima minit perjalanan ke pusat bandaraya Kuching. Bersekali dengan Hock Lee Centre yang menempatkan juga shopping mall, restoran dan deretan kedai. So, kalau ada emergency paluan keroncong tidak diundang (lapar), memang tiada masalah nak makan, cuma kena tengok halal ataupun tak...
Sebenarnya tak sabar rasanya nak jalan-jalan, tapi dek keletihan kami tangguh hingga selepas Solat Maghrib. Kami memulakan pengembaraan pada hari pertama di Kuching pada sebelah malam. Ke mana lagi kalau tak ke Tebingan Kuching atau lebih dikenali sebagai Waterfront. Sebelum itu, kami mencari kedai makan yang menyediakan menu tradisional Sarawak. Destinasi kami, medan selera berdekatan. Saya order umai dan sayur midin. Yummy…
Kerabu ikan atau udang, dicampur mentah-mentah dengan jus limau nipis, bawang merah dan cili |
Sayuran dari hutan, lebih kurang macam pucuk paku di Semenanjung, boleh ditumis goreng dengan bawang putih atau belacan, rasanya, peh! |
Setelah menjamu selera, kami bergerak ke Tebingan (Waterfront) Kuching. Tempat ini merupakan lokasi mesti lawat bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke ibu negeri Sarawak. Dengan ertikata lain, kalau tak ke sini, lawatan anda dianggap tidak cukup rukun!Di sinilah pada tahun 1839, Rajah Putih yang pertama, James Brooke, mula-mula mendarat di Sarawak dan memulakan sejarahnya yang tersendiri di Bumi Kenyalang ini. Tebingan ini mengalami proses transformasi bermula dengan sebuah penempatan kecil, berkembang menjadi pelabuhan yang sibuk dan kini berfungsi sebagai tempat jalan-jalan dan makan-makan.
Tebingan Kuching pada siang hari |
Pukul 10.00 malam, kami kembali ke hotel, keletihan tetapi tetap bersemangat untuk berjalan-jalan lagi esok....