9.30 Pagi Saya bertolak ke Nilai 3. Kali terakhir saya ke sana ialah pada tahun lepas, juga untuk tugasan rasmi.
Nilai 3 terletak 70 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia mula dibangunkan pada tahun 2001 bertujuan untuk mempromosi barangan dari China. Dengan berlalunya masa, ia kini muncul sebagai salah satu trademark Negeri Sembilan. Kedudukannya yang tidak berapa jauh dari ibukota menjadikan ia destinasi wajib ramai pelancong dalam negara.
Apa yang ada di Nilai 3?
10.15 Pagi
Temujanji dengan kawan-kawan ialah pukul 10.30 pagi. Ada suku jam lagi. Saya mengambil kesempatan untuk pekena teh tarik di sebuah gerai berdekatan. Saya menolak ajakan untuk makan berat sebab saya sudah sarapan mi goreng di pejabat pagi tadi. Cukuplah untuk bekalan hingga ke tengahari …
11.00 Pagi
Saya mula menjelajah dari kedai ke kedai. Wah.... memang layak benar Nilai 3 mendapat gelaran syurga membelibelah ....
2.00 Petang
Perut mula mengalunkan irama keroncong, sendi lutut macam nak tercabut, tapak kaki tak payah ceritalah. Kalaulah dapat duduk, alangkah bahagianya....Tetapi dek mengenangkan tugas dan taat punya pasal, saya buat-buat sabar. Namun dalam hati tidak putus-putus mengharapkan bos mengeluarkan pengisytiharan : ”Okay, kita berehat dulu untuk makan tengahari”.
Akhirnya, sup berdengung !!!
Rasanya medan makan Sup Berdengung ini satu-satunya tempat makan di Nilai 3, selain gerai tempat saya minum pagi tadi. Sesuai dengan namanya, di sini dijual semua jenis sup (daripada setiap organ lembu, moo....). Rasanya memang sedap, apatah lagi bila digandingkan dengan sambal tempoyak pedas. Pedas betul !!! (Orang nogori memang suka makan pedas, memang berdengung telinga dibuatnya....)
Cuma satu perkara yang kureng di tempat makan ini iaitu kebersihan dan kekemasannya. Lalatnya banyak dan bosa-bosa, kekadang sampai lima ekor landing dalam satu gelas jus oren! (Orang Nilai jangan marah ye, betul pe....)
Cuma satu perkara yang kureng di tempat makan ini iaitu kebersihan dan kekemasannya. Lalatnya banyak dan bosa-bosa, kekadang sampai lima ekor landing dalam satu gelas jus oren! (Orang Nilai jangan marah ye, betul pe....)
2.45 Petang
Saya ke Surau untuk menunaikan Solat Zohor. Suraunya sederhana tetapi selesa. Lega betul rasanya selepas beberapa jam mencuci mata di deretan kedai yang menyediakan keperluan dunia (harap-harap segala kemudahan ini membantu kita memenuhi tuntutan akhirat pulak. Bukankah dunia itu jambatan ke akhirat?).
3.30 Petang
Cuci-cuci mata bahagian kedua sebelum bertolak balik ke ibu negara.
5.15 Petang
Sampai di pejabat. Malam itu saya memasang cita-cita untuk datang lagi ke Nilai 3. Set di kotak fikiran saya – frame ayat al-Quran, kain langsir, carpet, bunga dan barangan Sarawak, negeri tumpah darahku di kedai ..... (lupa dah namanya, pergi sekali lagi saya akan catit....)
No comments:
Post a Comment